TARIKH
MENU
LAMAN UTAMA
PERUTUSAN GURU BESAR
SEJARAH SEKOLAH
MATLAMAT SEKOLAH
PENTADBIRAN SEKOLAH
MAKLUMAT STAF
PENCAPAIAN AKADEMIK
AKTIVITI KURIKULUM
RIMUP
Jawatankuasa
Aktiviti 2006

PERUTUSAN GURU BESAR

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat Datang ke 'Laman Web Sekolah Kebangsaan Sok, Matu, Sarawak'. Laman web ini telah dimuatnaik pada 01/06/2006, menandakan titik permulaan Sekolah Kebangsaan Sok, Matu melangkah ke alam informasi teknologi maklumat (IT) sebagai menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membawa mutu pendidikan di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan Wawasan 2020.

    Dengan adanya laman web ini, secara amnya seluruh Malaysia akan lebih mengenali Sekolah Kebangsaan Sok dengan lebih dekat lagi, apabila mereka melayari web sekolah ini. Pihak sekolah berharap agar dengan adanya laman web ini, minat pelajar sekolah ini akan bertambah dengan lebih mendalam lagi terutamanya dalam bidang 'IT'.

    Pihak sekolah juga berharap agar Pusat Sumber yang lengkap dengan komputer dan kemudahan teknologi pendidikan lain dapat ditubuhkan di sekolah ini. Tujuannya adalah untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan kemudahan komputer untuk semua guru dan murid di sekolah ini.

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan bukan guru yang telah menyumbangkan idea dan sokongan mereka untuk mewujudkan laman web ini. Saya mendoakan agar Sekolah Kebangsaan Sok akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang yang diceburi pada masa-masa yang akan datang.

Yang Benar,

SEKOLAH KEBANGSAAN SOK,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL DARO,
96200 DARO.
Email:  sksokmatu@yahoo.com.my