TARIKH
MENU
LAMAN UTAMA
PERUTUSAN GURU BESAR
SEJARAH SEKOLAH
MATLAMAT SEKOLAH
PENTADBIRAN SEKOLAH
MAKLUMAT STAF
PENCAPAIAN AKADEMIK
AKTIVITI KURIKULUM
RIMUP
Jawatankuasa
Aktiviti 2006

SEJARAH PENUBUHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SOK, MATU

Sekolah Kebangsaan Sok, Matu, ialah sebuah sekolah Gred B yang terletak di sebuah kampung di luar bandar Bahagian Sarikei (sekarang di bawah pentadbiran Bahagian Mukah), Sarawak. Kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani.

      Sekolah Kebangsaan Sok mula beroperasi pada 15 Januari 1957. Mengikut Buku Daftar kedatangan pelajar pada tahun tersebut, terdapat seramai puluh orang murid iaitu 32 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Guru Besar yang pertama sekali ketika itu ialah Encik Drahman B. Matarip yang berasal dari Kampung Saai, Daro. Bangunan untuk Sekolah pada waktu itu merupakan (Banglo) bekas tempat penginapan Pegawai Pentadbiran British, semasa pemerintahan kolonial dahulu.

      Sekolah Kebangsaan Sok telah diasaskan oleh beberapa orang pemimpin Kampung Sok sendiri yang diketuai oleh Allahyarham Dato' Pengiran Awang Hipni Bin Pengiran Anu. Allahyarham pernah menjadi Pengerusi Majlis Daerah Matu, Wakil Rakyat N.24 Matu/Daro dan seterusnya menjadi menteri dalam Kabinet Negeri Sarawak pada tahun 70-an. Walaupun bangunan sekolah yang digunakan bukan berbentuk formal, namun ia sering menjadi kunjungan dan lawatan pegawai-pegawai pelajaran ketika itu. Segala nasihat dan teguran dari para pegawai menjadi perintis kesedaran kepada penduduk betapa pentingnya pelajaran.

      Setelah sekian lama, sehinggalah pada tahun 1981, barulah bangunan berbentuk formal yang merangkumi tiga bilik kelas, termasuk bilik Guru Besar dan Bilik Guru di bina. Bangunan Banglo yang pada asalnya sebagai pusat pelajaran awal terus berpindah tukar pada tahun itu juga. Walaupun begitu Bangunan Banglo tersebut terus kekal hinggalah pada tahun 2003, sebelum ianya dirobohkan untuk dijadikan tapak pembinaan rumah guru.

      Pada tahun 1996, sebuah lagi bangunan sekolah baru merangkumi tiga buah kelas telah dibina untuk menampung pelbagai kegunaan seperti bilik RMT,Bilik Sumber dan kelas. Kini pada tahun 2005 Sekolah Kebangsaan Sok sudah pun mempunyai segala kemudahan-kemudahan yang tidak dapat dinikmati sebelum ini seperti bekalan air paip, tenaga elektrik dan jalan raya berturap. Selain itu sekolah ini juga telah mencapai kegemilangan dan keterbilangan dalam bidang akademik. Semoga dengan segala kemudahan yang ada di sekolah ini akan menjadikan sekolah ini terus cemerlang,gemilang dan terbilang.

SEKOLAH KEBANGSAAN SOK,
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KECIL DARO,
96200 DARO.
Email:  sksokmatu@yahoo.com.my